Tidak Mahu Ponteng, Pelajar Sanggup Bawa Adik Ke Sekolah

SEORANG pelajar lelaki di Filipina menjadi tumpuan di media sosial selepas dia membawa adiknya yang berumur setahun ke kelas.

Tindakannya itu disebabkan tidak mahu ponteng sekolah kerana terpaksa menjaga adiknya di rumah. Justeru, jalan terbaik adalah membawa adiknya sekali ke sekolah.

Pelajar tersebut, Justin, 7, menjadi tular di media sosial setelah gambarnya yang sedang menggendong adiknya itu tersebar.

Justin merupakan pelajar gred 1 di sebuah sekolah yang dikendalikan oleh kerajaan yang terletak di kawasan pedalaman di desa Salvacion di bandar Magallanes di wilayah Filipina Sorsogon.

Gurunya yang hanya ingin dikenali sebagai Madam Lei mengambil gambar yang menunjukkan Justin sedang menggendong adiknya semasa sedang melakukan kerja rumah di kelas dan memuat naiknya di Facebook dengan kapsyen berbunyi:

“Saya tidak mahu ponteng puan. Saya terpaksa membawa adik saya kerana nenek perlu bekerja di ladang dan tiada siapa yang menjaganya,” tulis guru itu memetik kata-kata daripada Justin.

Kata-kata pelajar tersebut mengundang simpati para netizen yang bangga dengan kematangan dan sifat bertanggungjawab Justin memandangkan dia masih kecil.

Netizen berharap Justin akan menemui kejayaan pada masa depannya.

Bagaimanapun, gambar itu juga membangkitkan perdebatan di media sosial di mana ramai orang mengkritik ketiadaan ibu bapa dan perancangan keluarga miskin di Filipina.

Beberapa netizen bahkan membandingkan anak lelaki dengan pelajar kolej yang meninggalkan pengajian mereka untuk menyertai perhimpunan membantah Presiden Rodrigo Duterte.

Sumber: klick.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *