10 Tanda Korang Menghadapi Masalah Kewangan

Masalah kewangan yang meruncing memberi tekanan pada kehidupan harian seseorang. Masa kini terdapat sebilangan besar pernah mengalami masalah kewangan yang kronik, malah sehingga saat ini ilmu kewangan tetap masih ramai kurang berminat untuk menguasainya.

Jika ingin difahami kepentingan menguasai ilmu kewangan merupakan satu keperluan masa kini. Cabaran ekonomi yang semakin hebat menjadikan ramai yang gagal merancang kewangan mereka dengan cara yang betul.

Jadikan ekonomi diri anda bersedia untuk menghadapi cabaran yang bakal dihadapi kelak.

Baiklah…kali ini saya ingin berkongsi kepada anda tentang 10 tanda yang menunjukkan bahawa anda sedang menghadapi masalah kewangan. Ia mungkin sebagai langkah awal untuk anda mula mengorak langkah demi menyelesaikan masalah kewangan anda.

Tanda-tanda kau dalam masalah kewangan. Antaranya:

1. Kau selalu meminjam wang daripada rakan-rakan dan ahli keluarga. Pandai pinjam tetapi tak reti nak bayar balik.

2. Sering gaduh pasal wang dengan pasangan. Isteri minta duit untuk beli barang dapur mesti kena tengking punya.

3. Tiada wang simpanan atau tabung kecemasan 6 bulan gaji. Jika kau bergaji RM1500, sepatutnya kau ada simpanan kecemasan RM9000.

4. Selalu keluarkan duit simpanan dalam ASB atau Tabung Haji. Dah keluar tak boleh nak simpan balik. Rantai dan gelang isteri kau pun pernah pajak gadai.

5. Kerap dihubungi pihak pemungut hutang. Dapat surat amaran bank sebab lewat bayar hutang tu menjadi perkara biasa.

6. Tidak sabar menunggu gaji. Jika gaji lambat masuk mula gelabah. Tengah bulan mula makan megi. Atau rembat biskut kawan.

7. Tidak mampu membayar kos penyelenggaraan kereta dan cukai jalan kereta secara teratur.

8. Hutang kad kredit semakin bertambah. Kau sangat bergantung pada kad kredit la senang cerita.

9. Bayaran balik hutang kad kredit paling minimum. Ada duit lebih bayar, kalau tak, tak bayar.

10. Terlalu banyak buat hutang peribadi dengan pelbagai bank. Semua bank kat Malaysia ni kau buat.

Masalah kewangan akan menyebabkan kau akan terjerumus dalam lembah muflis. Lebih teruk lagi kalau kereta, rumah kau semua kena tarik. Kesian anak-anak dan keluarga nanti.

Jadi, amat penting kau sedar terlebih awal daripada kau berpura-pura mempunyai status kewangan yang okay, tetapi sebenarnya tak.

Adakah korang mempunyai tanda-tanda seperti di atas? Cepat semak. Kau harus tahu tahap kewangan kau sendiri. Jika bermasalah, baiki secepatnya. Cuba selesaikan hutang yang kecil dan berhenti buat hutang yang baru.

Urus perbelanjaan sebaik-baiknya. Kau mesti bijak berbelanja dan menguruskan wang gaji. Kalau bukan kau yang mengubahnya, siapa lagi.

TAG & SHARE jika bermanfaatšŸ˜Š Terima Kasih.

Sumber: Amir Syahir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *