“Kerap tengok hpone, tahap cerdik makin kurang”.-Pakar Otak

Kenapa Perlu Elak Kekerapan Semak Handphone?

Seperti yang kita tahu sekarang ini, manusia dan teknologi memang tidak boleh dipisahkan. Kemana-mana sahaja kita pergi, kita sentiasa memerlukan alat peranti elektronik terutama handphone bagi memudahkan segala tugasan kita.

Kita sering menggunakan pelbagai alat elektronik namun, adakah kita tahu ape kesannya. Kenapa kita perlu elak kekerapan semak handphone?. Ikuti cerita yang ditulis oleh seorang doktor pakar otak, Dr. Rizal Abu Bakar.

“Saya dah banyak kali duduk sembang dengan doc. Susah nak tengok doc check hp. Kalau dengan orang lain asyik check hp jer walaupun tengah sembang.”

Wan mulakan bicara.

“Oh ye ke? Saya rasa macam berkepit jer dengan hp.” Jawab saya ringkas.

“Tak doc. Saya perasan memang jarang check. Ada sebab ke?”

Tak ada sebab sangat. Cuma terkesan dengan satu kajian ni. Kajian oleh King’s College London University. Dibiayai Hewlett Packard.

Mahu tahu kesan ke atas orang bekerja yang kerap semak email. Semak WA. Semak FB. Hasil kajian menakutkan. Penyemak tegar gajet, komputer atau tab menurun IQ sebanyak 10 poin.

Kesannya tahap cerdik kita kurang. Impaknya sama seperti tidak tidur semalaman.

Saya terangkan sedikit tentang kajian pada Wan. Mulut Wan terlopong. Pernah tidak tidur semalaman? Apa jadi esok harinya?

“Pernah. Memang bengong se round” kata Wan sambil tersengih. “Tapi betul doc. Tak kan check jer IQ turun?” Tanya Wan mahu kepastian.

Saya senyum.

Kekerapan ialah dua tiga minit kita check. Terpaku lama pada gajet. Tinggal perkara lain.”

“Habis tu yang kerja guna komputer ke, bisnes online macam mana?”

“Semak seadanya email, WA atau FB. Buat jadual. Sejam sekali lebih baik dari 2-3 minit sekali. Apabila semak email, FB atau WA pastikan bawah 20 min sekali semak. Lagi kurang masa lagi bagus. Alih perhatian pada perkara lain. Atau buat tugasan dan kerja lain.” Jelas saya

“Kalau buat assignment macam mana pula. Kan bahan online semua. Nak baca panjang dan lama?”

Soal Wan seolah menguji saya.

Saya senyum lagi. Amal TIPS 3×20 ni.

1. Baca selama 20 min.

2. Alih pandangan pada objek jauh luar bilik. Jaraknya lebih kurang 20 meter.

3. Lihat objek itu selama 20 saat.

Jadilah 3×20. Lepas tu sambung semula baca. Minit ke 40 bangun. Buat sesuatu. Lepas tu duduk dan baca lagi. MUDAH kan?”

“Ya mudah doc. Begitu rupanya. Terima kasih atas ilmunya doc. Mohon halalkan ilmunya” kata Wan bersungguh.

“Saya hanya penyampai. Posmen. Ilmu dari tuhan.”

Kata saya sambil menepuk-nepuk belakang Wan.

Kami bersalaman. Wan cuba mencium tangan. Saya tarik cepat-cepat. “Tidak wajar cium tangan manusia berdosa seperti saya.” Kata akhir saya pada Wan sambil tersenyum.

Wan senyum tapi seperti serba salah.

Sumber: Dr. Rizal Abu Bakar (Neuroversiti.com)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *