6 idea bisnes modal rendah dengan pulangan bersih RM10,000 sebulan

Memulakan perniagaan bukanlah satu pekerjaan yang begitu susah sehingga anda tidak akan mampu lakukannya. Ada budak belasan tahun yang memulakan perniagaan, ada ibu tunggal yang berjaya dalam perniagaan dan ada pesara kerajaan yang menjadi jutawan dalam perniagaan.

Jika dilihat pada semua senario ini, tidak mustahil juga anda juga akan berjaya dalam dunia perniagaan jika anda mempunyai keinginan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Ini adalah antara 6 idea bisnes untuk anda mulakan perniagaan anda. Jangan khuatir! Ianya adalah perniagaan yang berasaskan modal yang rendah. Mungkin ada diantara anda yang tidak modal yang mencukupi untuk memulakan perniagaan berskala besar.

Jadi, mengapa anda tidak mulakan dengan perniagaan secara kecil-kecilan? Walaupun hanya dengan modal yang rendah, anda boleh mendapat keuntungan yang sangat lumayan.

1. Berniaga buah potong menggunakan motorsikal untuk senang bergerak mencari port orang ramai.

Keuntungan biasanya 50%-60% daripada modal.

Katakan RM1/plastik, kena target jual 600 plastik sehari, cari port orang ramai (depan sekolah, depan masjid, kawasan pejabat atau kilang).

Paling koman korang akan dapat RM350 sehari × 30 hari = RM10,500

2. Khidmat potong rumput

Guna pekerja 2 orang dengan gaji RM130 sehari termasuk minyak mesin, upah satu halaman rumah biasa sekitar RM60, kerja hanya 2 jam sebuah laman.

Tugas kita hanya perlu angkat iklan di kawasan perumahan, deal pelanggan, ambil hantar pekerja dan kutip duit.

Sehari kena gigih cari 5 buah rumah untuk seorang pekerja, jadi kita akan dapat sehari RM340 × 30 hari = RM10,200.

3. Menjual nasi RM4 di kawasan penduduk ramai dengan menyediakan khidmat penghantaran.

Buat iklan FB untuk orang sekitar, mustahil tidak dapat buat jualan 150 bungkus sehari dengan keuntungan biasa jualan nasi ialah 60%, jadi sehari bersih dalam tangan ialah RM360 × 30 hari = RM10,800.

4. Jual air RM1 secawan depan sekolah masa pelajar pulang (2 kali sehari) iaitu sekolah biasa pada pukul 1 hingga 2 ptg dan sekolah agama pukul 5 hingga 6 ptg.

Menjual 300 cawan untuk satu sesi itu bukan perkara yang mustahil, sehari paling tidak kita akan dapat RM600 kasar.

Rata-rata penjual air bagitau margin untung bersih jual air ni sekitar 80%, jadi sehari kita akan dapat RM480 × 21 hari persekolahan sebulan = RM10,080

5. Berniaga apam balik

Berniaga apam balik di pasar malam keuntungan juga 80%.

4 kali seminggu dengan jualan 400 keping apam balik setiap malam yang berharga RM2 sekeping, setiap malam boleh nilai jualan RM 800× 4 seminggu × 4 minggu sebulan = jualan kasar rm12,800 tolak modal 20% (RM2,560) = RM10,240

6. Jadi agen jualan produk

Jadi agen jualan produk, pilih yang laku keras bulan tu (kerana kebanyakan produk bermusim). Cari yang menawarkan keuntungan melebihi RM50/item. Jual guna FB Ads (tak tau guna FB Ads pergi belajar – Power Editor).

Sehari letak kos iklan RM80. Push sale sekurang-kurangnya 11 item close deal. Setiap hari akan ada orang bank in sebanyak RM550. Tolak kos harian iklan RM80 dan bayaran pos RM110. Bersih RM360 × 30 hari = RM10,800

Ada banyak lagi perniagaan yang memerlukan modal sedikit tetapi pulangan lumayan tapi cukuplah 6 jenis ini dahulu.

Ingat, tak semua perniagaan ini sesuai dengan anda. Anda perlu pilih, ubahsuai dan serasikan dengan diri anda. Semua pengiraan dari segi modal dan keuntungan adalah tidak tepat kerana harga berbeza mengikut masa dan tempat.

Sumber: Terengganu Times

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *