Kisah seorang penjual TELUR buat netizen sebak…

Di kaki lima kelihatan seorang pakcik tua sedang menjual telur hasil ternakannya sendiri bagi mencari sesuap nasi… Tiba2 datang seorang perempuan muda mendekati orang tua tersebut dan bertanyakan harga telur yang dijualnya..

Perempuan muda bertanya kepadanya, ‘Berapa harga sebiji telur ni pakcik?’

Pakcik tua menjawab, ’50 sen sebiji, nak.’

Perempuan itu berkata kepadanya, ‘Saya akan membeli 10 biji telur dengan harga RM4 atau saya akan pergi.’

Pakcik tua menjawab, ‘Anak ambil la ikut harga yang anak mahu.. Mungkin, ini adalah permulaan yang baik kerana saya tidak dapat menjual walaupun sebiji telur hari ini. ‘

Perempuan muda itu terus membayar dan mengambil telur dan berjalan pergi merasakan dia telah menang. Dia masuk ke dalam kereta mewahnya dan pergi ke sebuah restoran mewah bersama rakannya.

Di sana, dia dan kawannya order apa sahaja yang mereka suka. Mereka makan sedikit sahaja dan meninggalkan banyak baki makanan yang mereka pesan.

Kemudian dia pergi untuk membayar bil tersebut. Jumlah keseluruh yang dikenakan untuk makanan tadi adalah sebanyak RM90. Perempuan muda itu memberikan RM100 dan bakinya disedekahkan kepada pemilik restoran itu.. Kata orang putih “keep the change”.

Insiden ini mungkin agak biasa kepada pemilik restoran itu.. tetapi sangat menyakitkan kepada penjual telur yang miskin itu..

Apa yang saya maksudkan,
Kenapa kita selalu menunjukkan bahawa kita mempunyai kuasa atau rasa hebat apabila kita membeli dari orang-orang yang memerlukan?

Dan mengapa kita berasa murah hati kepada mereka yang tidak memerlukan kemurahan hati kita?

Fikir2 kan lah.. Semoga kita dapat menilainya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *